MH Online

Laman Suara Rakyat

UMNO Tangguh Semua Mesyuarat Ekoran Peningkatan Kes Covid-19

UMNO Tangguh Semua Mesyuarat Ekoran Peningkatan Kes Covid-19

KUALA LUMPUR, Semua mesyuarat serta persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian UMNO, ditangguhkan susulan peningkatan kes COVID-19.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika memaklumkan perkara itu berkata Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengarahkan penangguhan terbabit berkuat kuasa serta-merta.

“Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (yang juga Naib Presiden UMNO) turut berpandangan yang sama.

“Ia disebabkan jangkitan COVID-19 mencecah 260 kes, hari ini, iaitu kedua tertinggi sejak penularan wabak itu,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Ahmad menjelaskan, UMNO tidak boleh mengambil risiko, selain tidak mahu parti dipersalahkan jika berlaku penularan akibat penganjuran mesyuarat atau persidangan.

“Penangguhan ini adalah hingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Arahan ini mestilah dipatuhi.

“Terima kasih atas kerjasama semua pihak. Keselamatan rakyat adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.