Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > UMNO Mungkin Tidak Letak Calon Di PRK PD

UMNO Mungkin Tidak Letak Calon Di PRK PD

KUALA LUMPUR, UMNO hampir pasti tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Sumber dalaman UMNO mendakwa ketika ini kepemimpinan parti cenderung untuk mengukuhkan hala tuju parti.

“Difahamkan, UMNO belum membuat keputusan sama ada akan meletak calon pada PRK Port Dickson atau sebaliknya.

“Kemungkinan besar UMNO tidak akan meletakkan calon sebab pimpinan parti ketika ini lebih cenderung untuk memperkukuhkan UMNO,” dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata soal meletakkan calon PRK Port Dickson tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini.

“Itu (keputusan letak calon) akan dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik UMNO esok,” katanya ketika ditemui media di lobi Menara Datuk Onn, hari ini.

Difahamkan, esok mesyuarat Biro Politik akan dipengerusikan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi Biro Politik, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi .

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Port Dickson, dalam usaha Pakatan Harapan (PH) mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.

Pengumuman itu dibuat Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, yang mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding PRK

Parti Rakyat Malaysia (PRM) turut mengumumkan akan bertanding pada PRK sama.

Selain itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor dijangka akan meletakkan calon pada pertembungan itu manakala PAS pula menegaskan tidak akan meletakkan calon.

Leave a Reply

Top