MH Online

Laman Suara Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Okt -- Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkan menawar diri untuk bertanding dalam jawatan Exco FIFA pada pemilihan 2015 pada sidang media khas di sini, hari ini. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Oct 17 -- Football Association of Malaysia (FAM) president, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah announced today that he will stand for an International Football Federation (FIFA) executive board seat for 2015, during an exclusive media conference here today. --fotoBERNAMA (2014) COPYRIGHT RESERVED

Umat Islam Perlu Kukuh Pegangan Akidah

Umat Islam Perlu Kukuh Pegangan Akidah

KUANTAN, Umat Islam diminta tidak mengabaikan tuntutan ajaran agama Islam atas dasar kemajuan, pemodenan dan perubahan gaya hidup.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah umat Islam sebaliknya hendaklah terus memperkukuhkan pegangan akidah masing-masing.

Justeru, baginda bertitah, kerajaan negeri perlu menangani usaha pihak tertentu yang cuba memesong akidah umat Islam.

“Ini kerana, usaha sedemikian hanya akan mewujudkan perpecahan antara umat Islam apabila wujud pelbagai fahaman, ajaran dan falsafah yang boleh menggugat akidah umat Islam.

“Pada masa sama, umat Islam juga perlu menghayati erti penghijrahan seperti dilakukan Rasulullah SAW dan sedia melakukan pengorbanan tanpa belah bahagi demi perpaduan umat Islam,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1440 Hijrah bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Berkat’ di Masjid Sultan Haji Ahmad 1, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh; Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir; dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran Dan Kesihatan Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Bekas Dekan Fakulti Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Datuk Dr Ahmad Munawar Abdul Jalil, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang 2018.

Baginda turut menyertai hampir 2,000 jemputan mendengar ceramah yang disampaikan kadi Temerloh, Abdul Aziz Abdul Karim dan bacaan al-Quran oleh wakil negeri ke Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan 2018, Mohd Khalil Mohd Zari.

Terdahulu, sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang dimulai dengan perarakan membabitkan jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).