Anda di sini!
Utama > Luar Negara > UAE Catat Kes Tertinggi Dalam Sehari

UAE Catat Kes Tertinggi Dalam Sehari

Kementerian Kesihatan dan Pencegahan semalam mengumumkan, 240 lagi penduduk disahkan positif COVID-19 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga kadar jangkitan tertinggi dalam sehari, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini mencecah 1,264 kes.

Turut dilaporkan ialah satu lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit meninggal dunia ialah sembilan orang, setakat ini.

Menurut kementerian, kematian baharu itu membabitkan seorang penduduk berasal dari Asia, berusia 52 tahun dan memiliki sejarah penyakit kronik, termasuk kegagalan buah pinggang.

Seramai 12 pesakit pula disahkan pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19, menjadikan kadar pemulihan di UAE meningkat kepada 108.

Semua pesakit baharu COVID-19 yang memiliki kerakyatan berlainan, dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan disahkan dijangkiti akibat pergaulan dengan kontak positif virus itu.

Mereka dipercayai dijangkiti kerana gagal mematuhi langkah pencegahan dan penjarakan sosial, termasuk arahan kuarantin, manakala sebilangan lagi memiliki sejarah perjalanan ke luar negara. – Agensi

Leave a Reply

Top