MH Online

Laman Suara Rakyat

Turki Kecam Askar Israel Cemar Kesucian Haram Al-Sharif

Turki Kecam Askar Israel Cemar Kesucian Haram Al-Sharif

ANKARA, Turki semalam mengecam tindakan tentera Israel ‘mencemari kesucian Haram Al-Sharif’ dan membiarkan pendatang Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa, lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan bertulis menyatakan: “Kami mengutuk tentera Israel yang sekali lagi mencemari kesucian Haram Al-Sharif dengan membiarkan kumpulan Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa, menggunakan bom tangan, mengganggu ibadah dan menahan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita, jelas menunjukkan pencabulan terhadap hak dan maruah seorang manusia”.

Menurut kenyataan itu lagi tindakan provokasi sedemikan ‘sangat berbahaya’ andai dibiarkan berterusan ketika serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa pada Mei lalu masih segar dalam ingatan.

“Kami mengulangi semula gesaan kami kepada rejim Israel untuk menghentikan segera tindakan dan serangan provokasi ini,” tambah kenyataan itu.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis menyatakan pendatang masuk ke kompleks itu melalui Pintu Al-Mughrabi yang dikuasai Israel, di bahagian barat daya masjid, dan melakukan ritual.

Kelmarin, ratusan pendatang berarak di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sebelum melancarkan serangan mengejut semalam.