Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Tun Mohd Ali Rasmi Sidang DUN Melaka

Tun Mohd Ali Rasmi Sidang DUN Melaka

AYER KEROH, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, buat julung kali merasmikan Persidangan Kedua, Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, hari ini.

Ketibaan beliau dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman di pekarangan Seri Negeri, di sini kira-kira jam 9 pagi disambut Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali; Speaker DUN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan.

Beliau kemudiannya menerima tabik hormat dan melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan utama, sebelum menyampaikan ucapan sulung perasmian sidang DUN jam 10.15 pagi.

Mohd Ali menerima Watikah Pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, 4 Jun lalu.

Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka untuk tempoh empat tahun itu bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan pada tarikh berkenaan.

Leave a Reply

Top