Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk menubuhkan pasukan khas bagi mengumpul, menyatukan, memelihara dan menganalisis bukti selain menyediakan kes jenayah perang serta pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan semasa konflik di Syria.

Perhimpunan Agung menerima pakai resolusi digubal Liechtenstein berhubung perkara itu selepas mendapat 105 sokongan, 15 menentang dan 52 lagi berkecuali.

Duta PBB Liechtenstein, Christian Wenaweser berkata, mereka menangguhkan sebarang tindakan bermakna terhadap akauntabiliti terlalu lama.

“Ketiadaan tindakan telah menghantar isyarat bahawa melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap manusia adalah satu strategi yang dibiarkan dan tidak mempunyai kesan,” katanya.

Difahamkan, pasukan khas akan menyediakan fail bagi memudah dan mempercepatkan prosiding jenayah yang adil dan bebas selaras dengan piawaian undang-undang antarabangsa sama ada di mahkamah tempatan atau antarabangsa.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *