TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd akan mengumumkan proses permohonan bagi cadangan (RFP), menjemput pernyataan minat untuk menjadi pemaju utama Bandar Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dilantik sebagai Pengerusi bagi kedua-dua TRX City dan Bandar Malaysia.

“Irwan Serigar akan menerajui satu pasukan dengan tanggungjawab penuh bagi projek terbabit, selain penunaian baki aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Selain itu, untuk memastikan negara dan rakyat meraih sebanyak mungkin manfaat, Kementerian Kewangan akan mengekalkan 100 peratus kepentingan Bandar Malaysia,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *