MH Online

Laman Suara Rakyat

Trump Presiden AS Pertama Jejak Kaki Ke Korea Utara

Trump Presiden AS Pertama Jejak Kaki Ke Korea Utara

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi presiden AS pertama menjejakkan kaki ke Korea Utara, hari ini, ketika bertemu pemimpin negara itu, Kim Jong Un.

Dalam pertemuan di zon tanpa aktiviti ketenteraan (DMZ) antara kedua-dua negara Korea itu, beliau dan Jong Un bersetuju menyambung semula rundingan nuklear yang buntu.

Kedua-dua pemimpin itu berjabat tangan dan menyuarakan harapan untuk kedamaian, ketika bertemu untuk kali ketiga dalam tempoh setahun.

Trump yang diiringi Jong Un melintas masuk ke Korea Utara untuk tempoh singkat. Tidak lama kemudian, mereka kembali ke Korea Selatan dan menyertai Presiden Moon Jae In untuk perbualan singkat.

Kemudian, Trump dan Jong Un mengadakan mesyuarat tertutup selama hampir sejam.

“Ia mesyuarat yang baik, amat kukuh. Kami bersetuju berbincang mengenai perinciannya. Kita lihat apa yang akan berlaku,” kata Trump. – Reuters