Pentadbiran Presiden Donald Trump sedang menimbang kemungkinan menutup Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Havana, Cuba susulan serangan sonik yang penuh misteri hingga mengakibatkan beberapa petugas mengalami kecederaan otak dan kehilangan pendengaran.

Setiausaha Negara Rex Tillerson berkata, sekurang-kurangnya 16 petugas cedera dalam siri serangan yang bermula sejak tahun lalu.

Jabatan Negara dalam kenyataannya berkata, serangan terbabit amat tidak dijangka dan memberi amaran, Havana perlu bertanggungjawab atas keselamatan rakyat AS yang bertugas di negara itu.

Tillerson ketika mengulas mengenai penutupan itu berkata, perkara itu sedang diperhalusi dengan mendalam kerana ia adalah isu yang amat serius.

“Ia sangat serius kerana beberapa petugas telah tercedera dalam serangan ini, menyebabkan mereka terpaksa dihantar pulang. Kami sedang mengkaji kemungkinan itu,” katanya.

Sehingga kini serangan itu telah membabitkan 16 petugas kedutaan. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *