Aliran trafik ke utara dan selatan Semenanjung dilaporkan bergerak perlahan tengah hari ini berikutan cuti bersempena perayaan Hari Krismas esok.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad memaklumkan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala ke utara dilapor bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Gua Tempurung menuju Gopeng, kawasan mendaki Bukit Berapit menuju Changkat Jering, Bukit Tambun ke Juru, dan Bandar Baharu ke Jawi.

“Bagi Lebuhraya Plus arah selatan pula, trafik perlahan dari Bangi ke Putra Mahkota dan Nilai ke Seremban,” katanya ketika dihubungi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata jumlah kenderaan menuju ke Pantai Timur khususnya di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 semakin meningkat namun aliran trafik masih terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *