Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini menziarahi mendiang Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay, bagi memberi penghormatan terakhir di rumahnya di Lorong Buloh Perindu 1, Damansara Heights, di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba pada jam 12 tengah hari dan meluangkan masa kira-kira 10 minit di kediaman pengasas Kumpulan YTL itu yang meninggal dunia semalam pada usia 88 tahun.

Anggota keluarga dan kenalan yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang boleh berbuat demikian bermula jam 7 malam ini di No 2, Lorong Buloh Perindu 1, Damansara Heights, di sini.

Perhimpunan bagi anggota keluarga dan kenalan turut diadakan esok dan Sabtu pada jam 8.30 malam manakala persemadian diadakan pada Ahad (22 Oktober) bermula jam 10 pagi.

YTL Corporation Bhd adalah antara 30 syarikat terbesar disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd, membentuk antara syarikat komponen FTSE Bursa Malaysia KLCI, indeks penanda aras utama bursa.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *