Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > TPM Umum Peruntukan RM1 Juta Untuk Tokong Jeng Aun Keong

TPM Umum Peruntukan RM1 Juta Untuk Tokong Jeng Aun Keong

BAGAN DATUK, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi penambahbaikan Tokong Jeng Aun Keong di Batu 13, Hutan Melintang di sini.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata peruntukan itu termasuk kerja-kerja penurapan jalan berhampiran tokong dan pembinaan tembok di kawasan itu.

“Masalah status tanah TOL (Lesen Pendudukan Sementara) di tokong ini juga akan saya beri tanggungjawab kepada DO (Pegawai Daerah) Bagan Datuk untuk luluskan,” katanya pada program tinjauan mesra bersama masyarakat Cina di tokong itu.

Ahmad Zahid turut merasmikan sambutan ulang tahun Dewan Penganut Dewa Jeng Aun Keong, bersebelahan tokong itu. Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan penduduk di Bagan Datuk agar terus memberi dukungan kepada kerajaan agar pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan.

Leave a Reply

Top