Share on Facebook

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tujuh manifesto bangsa yang akan menjadi satu gagasan besar yang turut dijadikan bekalan pemikiran dan asas tindakan untuk ahli UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden berkata, tujuh manifesto itu merangkumi tujuh lembayung arjana (kejayaan) bangsa yang akan menjadi pegangan ahli parti buat selama-lamanya.

Katanya, ia meliputi Lembayung Kesejagatan Politik; Lembayung Ekonomi Maqasid Syariah; Lembayung Pengangkasaan Pendidikan; Lembayung Keselamatan Negara; Lembayung Antarabangsa; Lembayung Raja-Raja Melayu dan Agama Lembayung Peradaban.

“Saya memilih angka tujuh ini kerana sebenarnya angka tujuh sering diulang dalam al-Quran.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO ketujuh, cabarannya bukan kecil tetapi besar.

“Cabarannya amat berbeza dengan presiden terdahulu tambahan pula ketika ini adanya ancaman media sosial,” katanya berucap merasmikan Persidangan serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, yang bermula hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh kalah dalam PRU14.

“Kita tidak akan membiarkan Putrajaya beralih tangan (kepada pembangkang). Putrajaya akan terus menjadi milik kita. Milik UMNO dan BN,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Najib yang berlatar belakang pendidikan ekonomi mampu membawa negara mengharungi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

“Kita semua ahli UMNO memberikan dokongan penuh kepada panglima kita (Najib),” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *