MH Online

Laman Suara Rakyat

Petronas Towers, also known as Menara Petronas is the tallest buildings in the world from 1998 to 2004.

Tourism Malaysia Giat Promosi Pelancongan Domestik

Tourism Malaysia Giat Promosi Pelancongan Domestik

MERSING, Tourism Malaysia giat mempromosi pelancongan dalam negara bagi meneruskan survival industri berkenaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar, berkata penekanan kepada pelancongan domestik kini sangat penting bagi membantu industri pelancongan negara.

“Banyak penggiat industri yang tejejas, banyak hotel ditutup, pemandu pelancong hilang kerja, syarikat terjejas dan macam-macam kesan negatif akibat COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan memancing Tourism Malaysia Surfcasting Tour (TMST) 2020 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abdul Rahman; Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Norazmi Amir Hamzah dan Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Johor, Afzan Azhari.

Pertandingan dengan pematuhan SOP yang ketat itu berjaya dilaksanakan dengan penyertaan 1,118 peserta dari seluruh negara.

Ammar berkata, industri pelancongan dalam negara masih berpotensi dibangunkan walaupun tanpa pelancong luar negara.

“Rakyat kita sering keluar negara untuk melancong, kini tidak lagi boleh berbuat demikian, sebaliknya hanya boleh melancong dalam negara berikutan kekangan keselamatan dan penutupan pintu masuk kebanyakan negara di dunia.

“Justeru, Tourism Malaysia melihat peluang itu untuk menarik pelancong tempatan melancong dalam negara. Banyak destinasi pelancongan menarik yang masih boleh dikunjungi di dalam negara untuk bercuti,” katanya.

Beliau memberi contoh, Mersing yang kaya dengan pelbagai pulau seperti Pulau Tioman, Pulau Pemanggil dan Pulau Rawa serta mempunyai pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati sepanjang tempoh percutian