MH Online

Laman Suara Rakyat

TNB Tawar Produk, Perkhidmatan Baharu

Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang menyedari perubahan tingkah laku pelanggan ke arah kesedaran alam sekitar dan penyambungan digital, akan menawarkan produk dan perkhidmatan baharu mulai 2017, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir. Azman Mohd.

Model perniagaan baharu diperlukan dan ini menjurus kepada usaha oleh TNB untuk mengenal pasti beberapa projek tertentu, daripada pengurusan tenaga sehinggalah kepada perkhidmatan utiliti bandar pintar bersama pelbagai agensi kerajaan dan entiti korporat, kata TNB dalam Laporan Tahunan 2016 utiliti itu.

Beliau juga berkata seiring dengan perubahan pesat serta keperluan pelanggan yang semakin kompleks, TNB kini beralih kepada pemahaman berteraskan nilai dalam pertumbuhannya untuk masa depan.

“Ini bermakna melihat pelanggan sebagai lebih daripada sekadar satu meter, serta memahami nilai dan keperluan melepasi penggunaan kWh,” katanya.

Azman berkata 2017 akan menandakan pelaksanaan fasa pertama kemudahan Infrastruktur Meter Canggih/meter pintar (AMI) syarikat itu di seluruh negara, dengan pemasangan 340,000 meter pintar di Melaka.

Beliau memberi contoh kejayaan projek perintis AMI, yang melibatkan pemasangan 1,000 meter pintar di Melaka dan Putrajaya, yang telah memberikan keyakinan kepada TNB untuk memulakan pelaksanaan fasa pertama projek itu.

Menurutnya pelanggan akan memperoleh manfaat daripada AMI kerana ia memberikan mereka maklumat masa sebenar mengenai penggunaan, yang menghasilkan  bil yang mengikut masa selain kawalan yang lebih baik.

Selari dengan penambahbaikan dalam tahap kepuasan pelanggan, skor Indeks  Indeks Kepuasan Pelanggan TNB terus meningkat kepada 8.1 dalam tahun kewangan  2016 berbanding 7.6 pada tahun kewangan 2014.

Peningkatan ketara juga dicatat dalam segmen perniagaan kepada perniagaan (B2B), membolehkan TNB menduduki ranking ketujuh dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2016.