MH Online

Laman Suara Rakyat

TNB Tawar Insentif Khas Kepada Pelanggan Perdagangan

TNB Tawar Insentif Khas Kepada Pelanggan Perdagangan

KUALA LUMPUR, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan insentif khas bagi menggalakkan pelanggan perdagangan menerangi bangunan dan kawasan persekitaran masing-masing dengan lampu hiasan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 tahun ini.

Insentif yang diberikan sejak tahun 2000 ini ditawarkan kepada semua pelanggan perdagangan di bawah tarif B, C1 dan C2 yang telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun (sebelum 1 Ogos 2019), untuk tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September 2020.

Bagaimanapun, insentif hanya akan tertera di dalam bil bulan Oktober 2020 bagi pelanggan yang layak.

Ia membabitkan bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, kompleks beli-belah, hotel serta stesen minyak.

Kadar insentif adalah 20.8 sen/kWj (kadar tarif Neon & Floodlight) bagi jumlah peningkatan penggunaan tenaga elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari bulan Mei, Jun dan Julai 2020.

Pelanggan yang layak boleh membuat permohonan di Kedai Tenaga berhampiran atau melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my). Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 September 2020.

Bagi sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau e-mel ke tnbcareline@tnb.com.my.