Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > TNB Nafi Pengerusi Terima Elaun Tinggi

TNB Nafi Pengerusi Terima Elaun Tinggi

KUALA LUMPUR, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan yang ditularkan netizen di media sosial berkenaan elaun tinggi diterima pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Dalam satu kenyataan, TNB memaklumkan elaun bulanan Mahdzir sebenarnya jauh lebih rendah dari paparan yang dikongsikan di media sosial, namun mencerminkan tanggung jawab beliau memimpin sebuah syarikat dengan lebih sembilan juta pelanggan dan aset bernilai hampir RM60 bilion.

Katanya, sebagai sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, emolumen yang diterima Ahli Lembaga Pengarah TNB dinyatakan dalam Laporan Tahunan yang diterbitkan setiap tahun.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terus berkongsi paparan tidak benar berkaitan (dakwaan) elaun tinggi itu dan sentiasa memastikan kesahihan maklumat sebelum membuat sebarang perkongsian.

“Perbuatan menularkan paparan serta maklumat tidak benar atau palsu adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Leave a Reply

Top