Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Tips Kenal Pasti Berita Palsu

Tips Kenal Pasti Berita Palsu

WhatsApp membeli iklan satu muka surat penuh akhbar India, menawarkan ‘tip mudah’ membezakan berita benar dan fiksyen selepas siri pembunuhan dicetuskan khabar angin yang dikongsi pada aplikasi itu.

Perkhidmatan mesej dimiliki Facebook itu berada dalam tekanan hebat untuk mengekang penyebaran maklumat salah di India selepas pembunuhan lebih 20 orang yang dituduh menculik kanak-kanak dalam masa dua bulan lalu.

Terbaru, samseng mengepung dan membunuh lima lelaki di negeri Maharashtra yang dikatakan penculik kanak-kanak, khabar angin yang menjadi punca pembunuhan serupa di sekurang-kurangnya 11 negeri di India.

WhatsApp berkata, ia ‘terkejut’ dengan keganasan dan menjanjikan tindakan tetapi pihak berkuasa India menuduh media sosial itu tidak bertanggungjawab dalam pasaran terbesarnya.

Iklan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Hindi itu, bertajuk ‘bersama-sama kita boleh memerangi maklumat palsu’, menyenaraikan 10 tip bagi menggunakan mendapatkan kebenaran daripada khabar angin.

“Jangan hirau dengan bilangan mesej diterima. Disebabkan ia dikongsi banyak kali, tidak menjadikan ia benar,” menurut satu daripada nasihat dalam iklan itu.

Ia juga menggesa pengguna memeriksa balas maklumat mengenai sumber berita dihormati dan tidak berkongsi mesej jika meragui ketulenannya. – AFP

Leave a Reply

Top