MH Online

Laman Suara Rakyat

Tinjauan Menunjukkan Pengundi Sarawak Menerima Baik Adenan Satem

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem diterima baik oleh rakyat Sarawak menjelang berlangsungnya pilihan raya negeri ke-11, demikian menurut satu tinjauan baru-baru ini.

Tinjauan Merdeka Center pada Januari 2016 menunjukkan 81 peratus pengundi Sarawak puas hati dengan prestasinya, meningkat dari 74 peratus dicatat dalam tinjauan pada April 2015.

“Tujuh puluh lima peratus daripada responden bersetuju bahawa Adenan telah membawa perubahan signifikan kepada Sarawak sejak beliau mengambil alih sebagai ketua menteri pada Februari 2014,” kata pusat itu dalam satu kenyataan.

Mereka menyebut penghapusan tol jalan raya, projek prasarana yang bertambah, penyelesaian masalah pembalakan haram dan bantuan kebajikan yang meningkat untuk warga berpendapatan rendah sebagai perubahan utama yang telah diperkenalkan.

Mereka juga mengambil perhatian bahawa pentadbiran Adenan adalah serius dalam membanteras rasuah.

Merdeka Center berkata responden Cina juga memuji dasar beliau berkaitan pendidikan Cina.

Kenyataan itu berkata tinjauan itu melibatkan 815 pengundi berdaftar terdiri daripada 27 peratus Bumiputera Islam, 38 peratus Bumiputera bukan Islam dan 36 peratus responden Cina, yang mencerminkan profil pengundian negeri ini.

Mereka diinterbiu menerusi talian tetap dan telefon bergerak