Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Tiada Salahnya Malaysia Tanam Ketum

Tiada Salahnya Malaysia Tanam Ketum

KUALA LUMPUR, Masyarakat setempat di utara tanah air berupaya meraih pendapatan lumayan jika kerajaan membenarkan penanaman ketum secara terbuka di negeri berkenaan.

Bekas Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata kerajaan harus mencontohi beberapa negara jiran termasuk Thailand yang meluluskan ketum dan ganja.

“Kebanyakan kawasan di selatan Thailand menanam ketum dan menjadikannya sebagai tapak komersial yang meraih pendapatan mencecah berbilion ringgit.

“Kegiatan pertanian ini boleh menjadi antara pendapatan negara khusus bagi golongan pekebun kecil dan pengusaha ladang sawit yang bergelut dengan masalah ekonomi sekarang ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengharaman penanaman ketum dicadangkan bagi mengelak penggunaan bahan yang boleh mengkhayalkan itu menjadi tidak terkawal sehingga menimbulkan kesan buruk kepada masyarakat.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, daun ketum dari utara tanah air bermula dari Perak Utara hingga Perlis memiliki kualiti terbaik di dunia.

“Banyak negara lain termasuk Amerika Syarikat berminat membuat tempahan ketum di sini, jadi ambillah kesempatan untuk tujuan yang baik.

“Apa masalahnya kalau Malaysia tanam ketum?” katanya.

Leave a Reply

Top