Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Tiada Masa ‘Bulan Madu’

Tiada Masa ‘Bulan Madu’

SIK, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai masa untuk ‘berbulan madu’, sebaliknya fokus terhadap tanggungjawab kerana rakyat mahukan impak segera untuk bagi menaikkan taraf ekonomi mereka.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata barisan menteri Kabinet yang dilantik perlu membuktikan keupayaan mereka selepas berlaku pertukaran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sekarang adalah masa menteri yang dilantik menunjukkan keupayaan masing-masing, tidak ada masa untuk belajar.

“Ketika kerajaan PH dulu, rakyat nak lihat apa mereka boleh buat dalam tempoh 100 hari tetapi tak sampai setahun rakyat sudah ‘bantai’ macam-macam, maka kita perlu ambil iktibar,” katanya.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, ditemui selepas merasmikan serentak Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Sik di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengalaman mentadbir dimiliki UMNO selama 60 harus digunakan untuk memantau dan membantu Kabinet.

Nasib rakyat, katanya, perlu terus dibela terutama penduduk luar bandar yang rata-ratanya adalah golongan petani, nelayan dan penternak.

Leave a Reply

Top