MH Online

Laman Suara Rakyat

Tiada Larangan Kakitangan Kemas Hadir Rumah Terbuka

Tiada Larangan Kakitangan Kemas Hadir Rumah Terbuka

PUTRAJAYA, Kementerian Pembangunan Luar Bandar tidak pernah mengeluarkan memo melarang kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) daripada menghadiri majlis hari raya anjuran pembangkang.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, terpulang kepada mana-mana kakitangan untuk menyertai acara itu memandangkan ia terbuka kepada orang ramai.“Saya tidak pasti pasal memo itu, tetapi bagi kita tidak pernah mengeluarkan memo sebegitu, takkan pergi rumah terbuka tidak boleh.

“Nama pun rumah terbuka, terpulang kepada sesiapa untuk menghadirinya, macam kita mengadakan rumah terbuka baru-baru ini, kita jemput semua orang tanpa mengira fahaman politik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran

Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau mengulas penularan satu memo yang didakwa dikeluarkan Kemas bertarikh semalam iaitu melarang semua kakitangan jabatan itu di Machang Kelantan menghadiri sebarang program, mesyuarat dan keraian termasuk sambutan Hari Raya anjuran pembangkang.

Memo itu juga memaklumkan tindakan tatatertib akan dikenakan sekiranya mereka didapati melanggar larangan ditetapkan.