Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > ‘Tiada Keperluan Saya Ambil Ujian Poligraf’

‘Tiada Keperluan Saya Ambil Ujian Poligraf’

KUALA LUMPUR, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tiada asas dan keperluan untuk beliau mengambil ujian poligraf atas pertuduhan perlakuan tidak senonoh terhadap bekas pembantunya, Muhammed Yusoff Rawther.

Beliau berkata, tidak munasabah untuk melakukan ujian poligraf sedangkan tiada bukti.

“Tiada asas, bukti dan keperluan. Kalau tiada penerangan, tiada saksi, tiada tempat, semua tak betul, nak buat ujian apa?

“Katakan kamu merompak, lepas tu nak suruh buat ujian? Tak munasabah. Jadi, harus ada asas untuk lakukan itu,” katanya kepada pemberita pada Persidangan International Unity in Diversity Conference 2020 di sini hari ini.

Anwar berkata, sehingga kini masih tiada arahan daripada polis untuk beliau melakukan ujian yang sama, namun menegaskan, beliau sedia untuk memberikan kerjasama.

“Mereka tidak ada minta, jadi kenapa timbulkan isu. Anda perlu faham prinsip undang-undang dan keadilan. Sebarang tuduhan jika tidak ada asas, anda tidak boleh jadikan seseorang itu defensif dalam isu ini,” katanya.

Leave a Reply

Top