MH Online

Laman Suara Rakyat

Tiada Bazaar Ramadan Pandu Lalu

Tiada Bazaar Ramadan Pandu Lalu

KUALA LUMPUR, Kerajaan hari ini tidak membenarkan bazar Ramadan secara pandu lalu serta tempah dan ambil dilaksanakan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya sudah meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai cadangan untuk melaksanakan bazar Ramadan dengan cara itu.

“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di sini, hari ini.