Anda di sini!
Utama > Hiburan > ‘The Post’ Naskah Wajib Tonton

‘The Post’ Naskah Wajib Tonton

Oleh : Hidayat Fansyuri

Steven Spielberg memulakan film ini dengan kisah dari medan perang di Vietnam tahun 1966, pada ketika itu ada seorang penganalisis ketenteraan bernama Daniel Ellsberg (lakonan Matthe Rhys) turun untuk memantau keadaan di Vietnam.

Pulang dari Vietnam, Dan menemui pelbagai fakta ganjil yang direkodkan dalam bentuk dokumen. Dokumen-dokumen itu dikenali sebagai Pentagon Papers yang diklasifikasikan sebagai sulit kerana mengandungi rahsia perang AS dan Vietnam.

Dalam masa yang sama, pesaing mereka, The New York Times menggegarkan seluruh negara kerana menerbitkan kandungan Pentagon Papers kepada umum. Laporan tersebut mendedahkan bahawa AS sebenarnya sudah kalah di perang Vietnam namun dengan sengaja membiarkan perang itu berlarutan dan mengorbankan banyak nyawa anak muda Amerika Ketika itu.

Tindakan The New York Times itu membuatkan Ben naik berang. Dengan skala berita sebesar itu, The Washington Post sepatutnya akan lebih dikenali daripada sekadar sebuah akhbar milik keluarga.

Tetapi dilema yang dihadapi Kay, beliau sebagai pemilik The Washington Post yang juga seorang elit dan berkawan dengan ramai pemimpin tertinggi negara ketika itu. Salah seorangnya adalah Robert McNamara, yang bertanggung jawab keatas Pentagon Papers dan berlaku konflik kepentingan disitu.

Kay juga harus mempertahankan kedudukannya dalam industri media yang ketika itu diusahakan oleh orang lelaki. Beliau harus mempertahankan prinsip kewartawanan, sementara di sisi lain pula, persahabatan dan hubungan dengan pemimpin negara jadi taruhannya.

Nasib malang menimpa The New York Times kerana Presiden Nixon mengancam untuk mengambil tindakan tegas ekoran tindakan mereka membocorkan Pentagon Papers kepada umum. The New York Times mungkin terpaksa diheret ke mahkamah.

Ben pula melihat ini sebagai peluang untuk menunjukkan kebolehannya. Beliau bernasib baik kerana mempunyai pasukan editorial yang mantap dan akhirnya berjaya mendapatkan Pentagon Papers dari sumber utama.

Kay, Ben dan pasukan The Washington Post terpaksa memilih sama ada menentang kerajaan dengan kemungkinan nasib mereka berakhir seperti The New York Times atau mempertahankan prinsip kewartawanan dan menerbitkan Pentagon Papers kepada umum. Mana yang akan mereka pilih?

Filem ini adalah antara barisan-barisan terbaik filem arahan Steven Spielberg, penulis amat menyukai filem ini dan boleh penulis berikan 9/10 untuk The Post.

Leave a Reply

Top