Carlos Tevez kini secara rasmi menjadi pemain kelab Shanghai Shenhua.

Kelab dari China itu mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan bersama Boca Juniors berhubung perpindahan Tevez.

Penghijrahan pemain yang berasal dari Argentina itu juga sudah disahkan oleh kedua-dua kelab.

Tevez yang juga bekas pemain Manchester City hanya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum bergabung dengan rakan-rakan baharunya.

“Shanghai Shenhua FC dan Boca Juniors telah mencapai kesepakatan berhubung perpindahan Carlos Alberto Tevez yang secara rasmi bergabung dengan Shanghai Shenhua,” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Shanghai Shenhua.

Tevez baru sahaja kembali memperkukuhkan Boca tahun lalu dan sepanjang setahun, dia memenangi dua trofi bersama pasukan itu.
“Kami menghormati kehendak pemain untuk meneruskan karier bola sepaknya di China.

“Semoga berjaya, Carlitos. Kamu akan sentiasa di hati kami,” tulis Boca dalam kenyataan rasminya berhubung perpindahan Tevez.

Dengan penghijrahan ini, Tevez dikhabarkan menjadi pemain bola sepak yang mendapat bayaran tertinggi di dunia.

Penyerang berusia 32 tahun itu dikhabarkan akan mendapat gaji £650 ribu seminggu di bawah kontrak selama dua tahun.

Di Shanghai Shenhua, Tevez akan bergabung dengan nama-nama seperti bekas penyerang Chelsea, Demba Ba dan bekas pemain Inter Milan, Obafemi Martins dalam pasukan yang dilatih oleh bekas pengurus Sunderland, Gus Poyet.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *