“Saya bagi pihak Pas dengan setulus dan sejujurnya mengambil kesempatan ini mengucapkan segulung penghargaan dan selautan kelegaan kepada adik beradik kami, UMNO di atas kemurahan hati dan keluhuran budi kalian.

“Mengizinkan kita menggunakan anugerah Allah kepada mereka iaitu seluruh ruang di PWTC ini untuk kita melangsungkan majis bersejarah ini dalam suasana indah dan permai, terima kasih saudaraku yang dikasihi, kami sayang kalian kerana Allah SWT,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan aluan pada program Himpunan Penyatuan Ummah di Dewan Merdeka, PWTC di sini hari ini.