Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > ‘Terima Kasih Penduduk PD’

‘Terima Kasih Penduduk PD’

PORT DICKSON, Kira-kira 600 penduduk kawasan Linggi di sini, menghadiri majlis makan malam bersama Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelab Sukan Pasir Panjang di sini, malam ini.

Majlis yang dianjurkan untuk menghargai penyokongnya yang terdiri daripada jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk kawasan itu, tetap mendapat sambutan walaupun hujan agak lebat sejak jam 8 malam tadi.

Anwar yang tiba jam 9 malam, disambut meriah oleh sebilangan besar penyokong yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan beramah mesra dengan beliau.

Dalam ucapannya, Ketua Umum PKR itu, mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan padu kepadanya pada PRK lalu sehingga membolehkannya menang dengan majoriti besar.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua orang Melayu, Cina, India dan Orang Asli yang menyokong saya. Saya akan laksanakan semua yang dirancang selepas ini,” katanya.

Leave a Reply

Top