MH Online

Laman Suara Rakyat

Terengganu FC Juara Piala MB

KUALA TERENGGANU, Terengganu FC (TFC) muncul juara Kejohanan Empat Penjuru Piala Menteri Besar Terengganu selepas menewaskan pasukan Terengganu FC II (TFC II) dengan keputusan 4 – 2 pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Jaringan skuad Penyu hadir pada minit ke-16 menerusi Abdul Malik Mat Ariff disusuli gol kedua hasil sepakan penalti yang di sempurnakan Tchetche Hermann Brice Kipre pada minit ke-35.

TFC meneruskan penguasaannya pada babak kedua selepas menjaringkan gol ketiga menerusi Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-64.

Anak buah Irfan Bakti Abu Salim terus menguasai perlawanan selepas Tchetche Herman menjaringkan gol keempat pada minit ke-67.

Gol TFC ll hadir melalui pemain gantian Bruno Junichi Suzuki Castanheira pada minit ke-72 dan minit ke-88 menerusi Akanni-Sunday Wasiu.

TFC yang dinobatkan juara kejohanan membawa pulang piala, pingat dan wang tunai RM50,000, manakala TFC ll meraih wang tunai bernilai RM30,000 berserta pingat yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.