Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Terengganu Beri Bantuan Keperluan Harian

Terengganu Beri Bantuan Keperluan Harian

KUALA LUMPUR, Kerajaan negeri memperkenalkan bantuan barangan keperluan harian membabitkan peruntukan sebanyak RM640,000 bawah Pakej Rangsangan Terengganu Cakna bagi menangani kesan wabak COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata sehubungan itu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diberi tanggungjawab mengenal pasti golongan terkesan dengan penularan virus berkenaan.

“Bantuan barangan keperluan asas itu ialah antara inisiatif Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa satu yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau, hari ini.

Kelmarin, beliau mengumumkan kerajaan negeri menyediakan insentif sebanyak RM6 juta kepada golongan terjejas berikutan penularan COVID-19.

Katanya, kerajaan negeri akan mengumumkan bentuk bantuan atau insentif kepada golongan terbabit secara berfasa berdasarkan keperluan semasa.

Leave a Reply

Top