Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Tentera Amerika Akan Terus Kekal Di Korea Selatan

Tentera Amerika Akan Terus Kekal Di Korea Selatan

Korea Selatan berkata penempatan tentera Amerika Syarikat di negara itu akan terus dikekalkan, walaupun selepas Seoul menandatangani perjanjian damai dengan Korea Utara.

“Penempatan tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan adalah isu membabitkan perjanjian yang ditandatangani antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

“Ia tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan perjanjian damai,” kata jurucakap Rumah Biru, Kim Eui-kyeom yang memetik Presiden Moon Jae-in.

Kenyataan Rumah Biru itu adalah susulan laporan yang ditulis oleh penasihat Presiden Korea Selatan dan ahli akademik, Moon Chung-in yang diterbitkan baru-baru ini.

Dalam tulisannya, Chung-in berkata, sukar untuk memberi kewajaran mengenai kehadiran tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan, sekiranya perjanjian damai itu berjaya ditandatangani, khususnya selepas kedua-dua negara bersetuju untuk menamatkan konflik di Semenanjung Korea dalam sidang kemuncak pada minggu lalu.

Bagaimanapun, difahamkan, Seoul mahu tentera Amerika Syarikat terus dikekalkan di negara itu, bagi mengimbangi kekuatan kuasa besar seperti China dan Jepun.

“Penasihat presiden Moon Chung-in diminta tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian presiden,” kata Eui-kyeom.

Leave a Reply

Top