Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Tanam Ketum Mampu Tingkat Ekonomi Penduduk

Tanam Ketum Mampu Tingkat Ekonomi Penduduk

KANGAR, Cadangan menanam ketum sebanyak lima pokok bagi setiap rumah dilihat mampu membantu taraf ekonomi penduduk tempatan terutama golongan pekebun kecil.

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kestabilan ekonomi penduduk tempatan mampu mengelakkan mereka daripada mengharapkan subsidi daripada kerajaan.

Menurutnya, ganja dan ketum adalah dua perkara yang berbeza dan terletak di bawah akta yang berlainan.

“Ketum mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan dapat menambah pendapatan penduduk terutama ketika harga sawit dan getah mengalami kejatuhan.

“Ketika saya menjadi Pengerusi RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) dahulu, saya dah cadangkan perkara ini namun tidak diterima,” dipetik sebagai berkata.

Zahidi berkata, jika tanaman ketum dibenarkan kerajaan tidak lagi perlu mengeluarkan subsidi kepada pekebun kecil.

“Kerajaan juga boleh mengenakan cukai ke atas penjualan ketum dan hasil cukai berkenaan boleh digunakan untuk mengadakan program motivasi, cegah dadah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya hanya akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada berkaitan ketum.

“Selagi akta berkaitan ketum itu berkuat kuasa pihak polis akan melaksanakan undang-undang berkenaan.

“Isu ekonomi perlu ditangani oleh pihak yang mengendalikan ekonomi negara dan usaha rakyat sendiri sangat penting dalam meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Leave a Reply

Top