MH Online

Laman Suara Rakyat

Tajuddin Dilantik Pengarah Pilihanraya UMNO

Tajuddin Dilantik Pengarah Pilihanraya UMNO

KUALA LUMPUR, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Perlantikan itu berkuat kuasa hari ini dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam surat kepada Ahli Parlimen Pasir Salak itu yang turut dikongsi kepada media.

“Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah PRU-15 untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam meneruskan perjuangan membela rakyat.

“Saya percaya Datuk Seri (Tajuddin) dapat memberi komitmen dan melaksanakan tanggungjawab ini seterusnya membantu kemenangan UMNO dan BN dalam PRU-15 akan datang,” kata Ahmad Zahid dalam surat berkenaan.

Tajuddin yang juga Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) adalah antara Ahli Parlimen senior UMNO dan BN yang lantang berbahas dalam setiap sidang Dewan Rakyat.