Anda di sini!
Utama > Posts tagged "spad" (Page 2)

Kerajaan Sedia Dengar Bantahan Pengusaha Bas Ekspres

Kerajaan bersedia mendengar bantahan pengusaha bas ekspres yang tidak bersetuju dengan syarat mewajibkan pemandu bas kedua bagi perjalanan melebihi empat jam atau 300 kilometer. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun menegaskan bantahan itu mesti disertakan dengan cadangan dan pandangan bersesuaian yang boleh menjamin keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya. "Kita

Mohon Orang Ramai Lapor Kepada SPAD

Orang ramai dinasihatkan segera membuat laporan jika didatangi pemandu Uber atau GrabCar yang cuba memujuk mereka supaya menggunakan perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan tanpa menggunakan aplikasi tempahan secara sah. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata antara tindakan mudah dan cepat pengguna yang dapat membantu pihak penguatkuasa

Lesen Perkhidmatan Goldstar Express Digantung

Lesen perkhidmatan Goldstar Express (M) Sdn Bhd, pengendali bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM137.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kampung Jayor, Pagoh Johor pagi Sabtu, digantung serta-merta. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil sehingga siasatan lengkap atas sebab-sebab keselamatan penumpang dan membolehkan siasatan daripada

SPAD Kaji Laksana Trem Di Kuala Lumpur

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan perkhidmatan trem di ibu negara sebagai satu lagi pengangkutan awam yang kajiannya dijangka siap menjelang akhir 2017. Menurut laporan Hala Tuju Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015, kajian dibuat bagi meningkatkan ciri daya huni di Kuala Lumpur disebabkan sifat trem itu yang

Dua Lagi Terminal Bersepadu Dibina Menjelang 2020

Kerajaan bakal mewujudkan dua lagi terminal iaitu Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dan Terminal Bersepadu Sungai Buloh (TBSB) yang dijangka siap menjelang 2020. Menurut laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015, inisiatif tersebut bertujuan menampung kapasiti terminal sedia ada yang semakin sesak berikutan permintaan yang tinggi, sejajar dengan hasil peluasan rangkaian

Top