Anda di sini!
Utama > Posts tagged "rusia"

Hentikan Keganasan Di Gaza

Presiden Russia, Vladimir Putin semalam menggesa keganasan di Gaza dihentikan, ketika berhubung dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menerusi telefon, kata Kremlin. "Kedua-dua pemimpin membincangkan tunjuk perasaan besar-besaran di wilayah Palestin dan menyuarakan kebimbangan terhadap jumlah mangsa terbunuh yang tinggi. "Russia menekankan kepentingan menolak keganasan dan keperluan menjalankan rundingan produktif dengan matlamat

Rusia Selar Polisi Nuklear AS

Moscow semalam menyelar polisi baharu nuklear 'agresif anti Russia' Amerika Syarikat sambil memberi amaran bahawa negara itu akan mengambil langkah perlu demi menjamin keselamatannya. "Sifat agresif dan anti Russia di dalam dokumen ini adalah jelas," kata Kementerian Luar Russia dalam satu kenyataan sambil menambah ia perkembangan yang amat mengecewakan. "Pendekatan baharu mengenai

Bekas Rangkaian Al-Qaeda Nafi Ketuanya Cedera

BEIRUT, Bekas rangkaian al-Qaeda Syria menafikan dakwaan Moscow bahawa pemimpin tertinggi mereka cedera dalam serangan udara oleh tentera Russia bulan lalu. "Hayat Tahrir al-Sham menafikan apa yang tersebar di media berhubung kecederaan Sheikh Abu Mohamed al-Jolani. "Dia disahkan sihat dan menjalankan sepenuhnya tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan

Moscow, Pyongyang Selesai Cara Aman Krisis Senjata

Moscow sedia bekerjasama dengan Pyongyang mencari jalan penyelesaian aman bagi mengakhiri krisis peluru berpandu Korea Utara. Kenyataan itu dikeluarkan susulan mesyuarat antara Duta Besar Russia, Oleg Burmistrov dan Ketua Pengarah Jabatan Amerika Utara, Kementerian Luar Korea Utara, Choe Son-hui. Menurut Kementerian Luar Russia, Son-hui turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Russia,

PBB Adakan Mesyuarat Tergempar

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan mesyuarat tergempar, hari ini untuk membincangkan pelancaran peluru berpandu terbaharu Korea Utara merentasi Jepun. Difahamkan, mesyuarat tertutup itu diadakan atas permohonan Amerika Syarikat dan Jepun yang dijadualkan berlangsung pada jam 3.00 petang waktu tempatan. Pelancaran peluru berpandu terbaharu Pyongyang, awal pagi tadi berlaku selepas

Hubungan Moscow, Washington Makin Tegang

Presiden Russia, Vladimir Putin mendakwa berhak mengurangkan kakitangan diplomatik Amerika Syarikat (AS) di Moscow, susulan layanan buruk Washington terhadap anggota diplomatiknya di negara itu. Malah, Putin akan mengarahkan Kementerian Luar negaranya mengambil tindakan undang-undang atas tindakan Washington yang melanggar hak Russia. "Langkah mengurangkan kemudahan diplomatik kami adalah hak mereka. "Masalahnya sekarang, ia dilakukan

Top