Anda di sini!
Utama > Posts tagged "mhonline portal"

Filipina Tidak Lagi Hantar Buruh Ke Kuwait

Filipina menghentikan penghantaran pekerja ke Kuwait, hari ini, kata menteri buruhnya, sehari selepas presiden negara itu mengadu mengenai salah laku terhadap pembantu rumah warga negaranya yang membawa kepada beberapa insiden bunuh diri. Setiausaha Buruh, Silvestre Belo berkata, penghantaran pekerja ke Kuwait dihentikan sehingga keputusan siasatan punca kematian kira-kira enam atau tujuh

Cucu Bekas TPM Sertai Parti Bersatu

Walaupun tidak mendapat sokongan penuh daripada keluarganya, Tariq Ismail, cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, telah menyatakan hasratnya untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Ketika dihubungi, Tariq berkata, isterinya menjadi satu-satunya insan yang menyokong keputusannya. "Ibu bapa saya sedang berfikir tentang hal ini, kakak saya minta saya

Lagi Individu Akan Didakwa Kes Seleweng Dana Buku – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan ada lagi individu yang akan didakwa berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai hampir RM15 juta. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kesemua butiran pihak yang terlibat telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut. "Saya tidak menolak kemungkinan ada lagi pihak

Kawasan Perumahan Wanita Hamil Positif Zika Bermasalah Wabak Denggi

Kawasan perumahan didiami seorang wanita mengandung berusia 27 tahun yang disahkan dijangkiti virus Zika, dikenal pasti sebagai kawasan bermasalah wabak denggi kerana semburan pengabutan sering dilakukan di sana. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, pesakit terbabit menyatakan beliau tidak pernah berkunjung ke negara-negara terjejas dengan virus

PDRM Syor Kerajaan Pinda Dasar Dadah Negara – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyorkan kepada kerajaan agar dasar dadah negara dipinda dengan turut memberi penekanan kepada pengedar dadah secara kecil-kecilan dalam usaha memerangi dadah secara holistik. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu telah dibentangkan di peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan ia sedang diteliti kerana

SPRM Tahan Bekas Akauntan Berhubung Projek Saluran Paip

Seorang bekas akauntan yang mempunyai kaitan dengan kontraktor utama projek saluran paip minyak bernilai jutaan ringgit telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Satu sumber mendedahkan bahawa wanita lingkungan usia 40-an itu ditahan sekitar pukul 12.30 tengah hari apabila beliau hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. "Wanita itu adalah bekas

Dua Beradik Naik Belon Udara Panas Jelajah Semenanjung

Jangan terkejut jika anda melihat belon udara panas berlegar-legar di pelbagai lokasi seluruh Semenanjung dalam tempoh 60 hari sehingga Oktober ini. Tambah mengujakan apabila ia dikendalikan dua wanita yang dikenali sebagai juruterbang belon udara panas di negara ini, Izzati Khairudin, 27 dan kakaknya, Atiqah. Minat mendalam terhadap aktiviti itu mendorong dua beradik

Biarkan ‘Burung Helang’ Di Langkawi – Nazri Aziz

Tiada masalah mendirikan replika burung helang di Langkawi kerana ia bukan digunakan untuk tujuan keagamaan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz. Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim mengenai pembinaan replika sedemikian adalah haram dari segi Islam kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup, sebagai pandangan peribadi. "Itu adalah pandangan dia,

Husam Bakal Sertai Amanah?

Datuk Husam Musa yang mengunci mulut mengenai masa depan politiknya selepas dipecat daripada PAS, dijangka akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dalam satu majlis yang akan diadakan malam Selasa. Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara ini ketika diminta mengesahkan sama ada Adun Salor itu akan

Jerebu Dijangka Tidak Kronik Tahun Ini

Jerebu yang melanda negara ketika ini dijangka tidak seteruk tahun lepas berikutan fenomena El Nino sudah berakhir, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Menyifatkan cuaca kering yang melanda negara kini sebagai biasa, beliau berkata beberapa kawasan di negara ini juga masih menerima jumlah

Top