Anda di sini!
Utama > Posts tagged "malaysia hari ini"

Tidak Wajar Mansuh SOSMA

KUALA LUMPUR, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak wajar dimansuhkan kerana terbukti ia berjaya mengekang jenayah serta keganasan terancang di Malaysia. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sekiranya kerajaan meneruskan hasrat memansuhkan Sosma, mereka perlu mewujudkan akta lain yang berperanan menangani masalah tersebut di negara ini. Menurutnya,

PAS Perlu Bawa Usul RUU355 Ke Parlimen

Misi Pas untuk membawa Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355, kembali dibahaskan di Parlimen wajar digerakkan sendiri oleh wakil-wakil rakyat dari Kelantan. Pengarah komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, terpulang kepada ahli-ahli Parlimen dari Kelantan untuk menyuarakan hasrat mereka berkenaan RUU355 di Dewan Rakyat. "Suruh ahli Parlimen

Royalti Minyak 20% Perlu Masa

KUALA LUMPUR, Pemberian 20 peratus royalti minyak kepada negeri pengeluar mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan kerana ia terikat dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pindaan Akta Pengeluaran Petroluem (PDA) 1974 perlu dilakukan jika cadangan pemberian 20 peratus itu mahu dilaksanakan. Katanya, akta itu

Kekalkan GST Pada Kadar Yang Minimum

KUALA LUMPUR, Kerajaan perlu mengekalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana lebih efisyen berbanding memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata kerajaan seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih rasional walaupun GST kini menjadi isu politik utama buat Pakatan Harapan (PH). "Saya akan bercakap isu ini

Gapena Serah Memorandum Kepada Guan Eng

PUTRAJAYA, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) bersama 60 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Kewangan bagi menuntut kementerian itu mendaulatkan bahasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan. Memorandum empat muka surat itu diserahkan kepada Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi, Suhaili Ahmad mewakili kementerian. Ketua Dua Gapena, Amiruddin Md

Pelajar Maut Terkena Bilah Pisau Mesin Rumput

GEMAS, Seorang pelajar perempuan maut manakala dua lagi pelajar lelaki cedera akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia

Draf Undang-Undang Berita Palsu Akan Dibawa Ke Kabinet

KUALA LUMPUR, Draf mengenai perincian berkaitan dengan undang-undang berita palsu dijangka dibentang ke Kabinet selepas Tahun Baharu Cina. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, antara yang akan dibentangkan mengenai definisi berita palsu dan hukuman yang sesuai kepada penyebar berita palsu. Katanya, sebanyak tiga sesi perbincangan diadakan dengan

Sabah Tolak Tuntutan Filipina

KOTA KINABALU, Kerajaan Negeri Sabah secara jelas dan tegas menolak sebarang tuntutan Filipina ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman hari ini. "Saya telah tetapkan pendirian kami tentang perkara ini sebelumnya. Kini, izinkan saya menyatakan dengan jelas sekali lagi bahawa kami tidak mengiktiraf atau memperakukan sebarang tuntutan

Top