Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Syed Hamid Keluar UMNO

Syed Hamid Keluar UMNO

KUALA LUMPUR, Seorang lagi veteran Umno, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar membuat keputusan meninggalkan parti itu.

Bekas menteri Kabinet itu dalam satu kenyataan berkata, beliau membuat keputusan meninggalkan Umno kerana enggan berpura-pura kononnya keadaan dalam parti baik-baik saja.

Katanya, selepas begitu lama bersama Umno beliau melihat Umno bukan lagi parti yang dikenalinya dahulu.

“Tidak pernah terfikir bahawa saya akan tinggalkan Umno, parti yang melahirkan saya, parti yang tidak mementingkan diri sendiri dan berperanan membuka jalan bagi kemerdekaan negara.

“Tetapi melihat apa yang berlaku hari ini, masalah yang dibuat dengan sengaja dan pemimpinnya  terlibat dengan aktiviti tidak betul, saya tidak boleh lagi kekal dan berpura-pura semuanya baik-baik sahaja,” katanya.

Katanya, falsafah Umno telah bertukar menjadi parti yang tidak bertolak ansur, mementingkan diri sendiri dan tidak demokratik.

“Kepimpinan Umno sejak kebelakangan ini telah merosakkan imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan penyalahgunaan kuasa dan korupsi,” katanya.

Syed Hamid pernah bergelar Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi dan pernah menjadi Menteri Dalam Negeri.

Leave a Reply

Top