Syarikat perladangan Malaysia mengambil penoreh getah dari negeri Kerana, India dengan tawaran gaji yang lebih tinggi.

Langkah pengambilan itu dibuat ketika keadaan perniagaan yang sukar dalam industri getah India di mana kejatuhan harga komoditi tersebut telah menyebabkan pembuangan pekerja.

“Syarikat Malaysia menawarkan gaji lebih tinggi dan keadaan kerja yang lebih baik kepada penoreh getah dari India,” kata Noushad Abdul Khayoom dari syarikat pengambilan pekerja Planners Group International kepada media.

Beliau mengambil pekerja untuk sebuah syarikat Malaysia yang memerlukan 200 pekerja dalam tempoh beberapa bulan akan datang, tetapi tidak semuanya dari India.

“Banyak ladang Malaysia mengambil pekerja dari Kerala, tetapi mereka juga mahu pekerja dari pelbagai negara,” kata Noushad.

Penoreh getah dari negeri di selatan India itu boleh memperoleh antara RM1,050 hingga RM1,500 sebulan (kira-kira Rs 500 hingga Rs 700 sehari) sebelum permintaan terhadap pekerja jatuh dan ramai beralih kepada industri lain.

Pekerja Kerala di Malaysia boleh mendapat gaji lebih dua kali ganda daripada apa yang diperoleh di India di samping keadaan kerja yang lebih baik, kata Noushad .

Sebuah akhbar India melaporkan yang prospek kehilangan pekerja berpengalaman kepada Malaysia menjadikan ladang tempatan gelisah kerana negeri tersebut hanya mempunyai 77,000 penoreh getah berdaftar berbanding 150,000 yang diperlukannya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *