BUKIT MERTAJAM, Syarikat ‘dua ringgit’ yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berada di sebalik kerugian syarikat pengendali permainan wang forex, JJPTR yang didakwa mengalami kerugian RM500 juta selepas akaunnya digodam.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan juga mendedahkan bahawa JJ Global Network Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada tahun 2015 gagal memfailkan akaun kewangan dengan SSM sejak ia ditubuhkan.

Pengasas JJPTR Johnson Lee, 28, telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarahnya dan dilantik  menjadi setiausaha pada 22 Julai 2015.

Lee dan bekas teman wanitanya Tan Kai Lee, 24, masing-masing menguasai satu saham dalam syarikat itu.

Syarikat ‘dua ringgit’ itu merujuk kepada sebuah syarikat proprietari dengan modal berbayar sebanyak RM2. Ini bermakna, jika syarikat itu ‘gulung tikar’ pemegang saham hanya akan mengalami kerugian sebanyak RM2.

Bapa Lee, Thean Chye, 58, dan Kai Lee juga adalah pengarah sebuah syarikat lain, JJ Global Network Holdings Bhd.

Rekod SSM menunjukkan Thean Chye adalah pemegang saham terbesar, dengan 850,000 saham diikuti oleh Kai Lee, 150,001 saham manakala Lee hanya mempunyai satu saham.

Thean Chye, yang merupakan seorang penolong profesor di Kolej Universiti Selatan di Johor, meletak jawatan pada Rabu selepas kerugian JJPTR menjadi perhatian.

JJPTR atau’ Jie Jiu Pu Tong Ren’ dalam bahasa Mandarin, bermaksud ‘keselamatan untuk rakyat biasa’ yang berpangkalan di Pulau Pinang menjadi perhatian apabila pelabur mengadu bahawa mereka tidak mendapat pembayaran yang ditetapkan pada bulan lepas.

Ahli-ahlinya telah melabur antara AS$25 dan AS$1,000 (RM110 dan RM4,400) dan dijanjikan pulangan bulanan sebanyak 20 peratus.

Lee mendakwa syarikatnya mengalami kerugian RM500 juta kerana akaunnya digodam.

JJPTR, ​​JJ Poor to Rich  dan JJ Network Global adalah tiga entiti perdagangan forex yang disenaraikan di laman web www.jjptr.com.

Syarikat itu ialah antara 288 entiti dan individu yang disenaraikan di bawah pemerhatian Bank Negara Malaysiapada 24 Februari.

Sementara itu, pejabat Change Your Life (CYL) di Icon City di sini pada Ahad dilihat tenang kerana ia telah ditutup pada hujung minggu.

Syarikat itu dikatakan sedang terhimpit dan pelabur diberi pilihan sama ada memohon bayaran balik atau menukarkan jumlah wang yang dihutang kepada mata ganjaran.

Seorang pemilik restoran berhampiran pejabat CYL berkata pejabat itu mengadakan pembukaan rasmi besar-besaran pada Februari dengan kemunculan pelbagai jenis kereta mewah.

“Ia kelihatan sangat besar dan meyakinkan. Mesti ramai yang fikir syarikat itu sangat kaya dan yakin bahawa mereka boleh berkongsi kekayaan itu dalam masa yang singkat,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *