Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Sultan Oman Meninggal Dunia

Sultan Oman Meninggal Dunia

Pemimpin Oman, Sultan Qaboos Said meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Menurut Oman News Agency, Qaboos menghembuskan nafasnya semalam selepas menderita sakit berpanjangan.

Qaboos memerintah negara Teluk itu sejak beliau mengambil alih kuasa daripada bapanya, Sultan Said Timur pada 1970.

Semasa hayatnya, Qaboos menjadi orang tengah dialog antara Amerika Syarikat dan Iran.

Qaboos tiada zuriat dan tidak pernah melantik penggantinya secara rasmi.

Beliau juga tidak pernah berkahwin atau mempunyai adik beradik lelaki.

Berdasarkan Perlembagaan Oman, keluarga pemerintah akan memilih pemerintah baharu selepas tiga hari tiada yang menaiki takhta. – AFP

Leave a Reply

Top