ALOR SETAR, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit, jam 2.30 petang tadi.

Kemangkatan baginda diumumkan Kerajaan Negeri Kedah, sebentar tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijadual mengadakan sidang media di Wisma Darul Aman, jam 6.30 petang ini.

Baginda adalah satu-satunya Raja-raja Melayu yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kali pertama sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember 2011 hingga 13 Disember 2016.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *