Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Sultan Johor Umum MB Esok

Sultan Johor Umum MB Esok

JOHOR BAHRU, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah akan membuat keputusan dan mengumumkan nama bakal Menteri Besar Johor yang baharu esok.

Menerusi entri terbaru dalalm Facebook rasminya sebentar tadi, Sultan Ibrahim bertitah baginda sudah berbincang dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya mengadakan perbincangan yang cukup baik dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya bersedia bekerjasama dengan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang baharu,” titah Sultan Johor.

Baginda bertitah demikian kepada Royal Press Office selepas menerima mengadap Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pertemuan Muhyiddin bersama Sultan Ibrahim selama 90 minit itu berlangsung dalam suasana penuh mesra.

Muhyiddin turut merakam gambar bersama Tuanku Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail sebelum pulang.

Leave a Reply

Top