Anda di sini!
Utama > Hiburan > ‘Sudahlah’ Buah Tangan Terbaru Ameerais Dan Mojo

‘Sudahlah’ Buah Tangan Terbaru Ameerais Dan Mojo

“SUDAHLAH”, merupakan single terbaru daripada Ameerais featuring Danny Mojo dimana Danny Mojo merupakan Penerbit untuk lagu yang bergenre Rock ini.

Ramai sedia maklum bahawa Ameerais merupakan ahli kumpulan Fourteen sejak 7 tahun yang lalu manakala Danny Mojo pula merupakan gitaris kumpulan yang pernah namanya melonjak naik suatu ketika dahulu dan masih diingati sehingga hari ini.

Lagu dan lirik adalah hasil ciptaan daripada Merah Biru ini menceritakan tentang kebahagiaan yang di khianati oleh pasangan dalam bercinta. Perasaan sayang dan cinta yang di sia-siakan telah
menjadikan sebuah kelukaan.

Kesakitan yang menyiksa itu membuatkan lelaki ini memilih untuk pergi meninggalkan pasangannya itu.

Apa yang paling menarik tentang lagu ini adalah konsep musik yang dibawa sangat berlainan dengan lagu-lagu yang biasa dinyanyikan oleh Ameerais.

Bagi peminat yang menantikan perkembangan Ameerais, boleh dengarkan “Sudahlah” di semua platform digital muzik bermula 6 September ini.

Leave a Reply

Top