KUALA LUMPUR, Subjek alam sekitar akan diperkenalkan dalam silibus sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun hadapan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata langkah itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam menangani isu alam sekitar yang harus dipupuk sejak kecil.

Beliau berharap subjek ini melahirkan generasi yang cakna perihal perubahan suhu dunia.

“Sebab setiap belia ini sering membangkitkan isu alam sekitar… jadi secara komprehensif kita perkenalkan subjek ini di sekolah dan kita berharap menjelang 2050 seluruh rakyat Malaysia akan tahu mengenai kepentingan alam sekitar.” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan dan Simposium ASIAWATER 2018, di ibu negara khamis.

Wan Junaidi menerangkan, pengenalan subjek ini hasil kerjasama pelbagai pihak seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *