Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Suasana Hiba di Surau Ar-Rahman

Suasana Hiba di Surau Ar-Rahman

KUALA LUMPUR, Keadaan Surau Ar-Rahman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertukar menjadi suram dan hiba sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai menunaikan solat Jumaat.

Orang ramai yang berada di ruang solat surau berkenaan tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan berpelukan dengan bekas negarawan itu ketika mahu beredar meninggalkan bangunan ibu pejabat UMNO.

Pergerakan Najib tanpa protokol ketat tidak seperti sebelum ini memudahkan orang ramai mendekati dan bersalaman dengan bekas orang nombor satu Malaysia itu yang terkenal dengan slogan 1Malaysia dan Hebatkan Negaraku itu.

Turut sama bekas Timbalan Perdana Menteri selaku pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Menteri Pertahanan merangkap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Juga kelihatan mengiringi Najib ialah bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Tan Sri Noh Omar; bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd Rauf Yusoh.

Najib kemudiannya dibawa menaiki lif PWTC dan dipercayai mengadakan perjumpaan tertutup dengan pimpinan tertinggi UMNO, di sini.

Leave a Reply

Top