Bagaimanapun pemain Uruguay itu memohon maaf kerana meraikan jaringan berkenaan dan untuk aksi esok dia mahu lebih sensitif menjaga perasaan penyokong pasukan lamannya, Liverpool.

“Saya berpendapat orang semua sedar dengan kerja yang saya lakukan di sini.

“Dalam masa sama saya dapat menjangkakan di sana (Anfield) akan lebih banyak sorakan malah akan ada beberapa yang tidak begitu gembira dengan saya namun saya tetap percaya ramai lebih seronok nanti,” kata Suarez.

Sepanjang bersama Liverpool, Suarez telah meledak 82 gol dalam 133 perlawanan. – AGENSI