Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan mendakwa misi utama usaha ini digerakkan adalah bagi memecahbelahkan parti komponen yang berada di dalam PH.

“Bagaimana untuk membaca penyusunan ini? Saya menggelarkannya sebagai polisi bumi hangus atau strategi pergerakan.

“Misinya untuk memecahbelahkan PH dan membakar gabungan tersebut melalui serangan mengapit. UMNO-Pas di bahagian Melayu, MCA, MIC di bahagian bukan Melayu,” katanya dalam ciapan dalam akaun Twitter beliau hari ini.

UMNO dan Pas semalam mengumumkan jalinan kerjasama secara rasmi demi penyatuan ummah dan berikutan itu satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memperincikan kerjasama tersebut.