Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > STING, STAGG, STAFOC Mungkin Dimansuhkan

STING, STAGG, STAFOC Mungkin Dimansuhkan

KUALA LUMPUR, Tiga pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka dimansuhkan dalam masa terdekat susulan penstrukturan semula bagi memastikan PDRM dipandang tinggi oleh masyarakat.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penerangan pertama telah diterima beliau berhubung perkara itu dan menjangka ia dapat dimuktamadkan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

“Saya sudah mendengar taklimat peringkat pertama penyusunan dan cadangan mengenai rombakan dalam PDRM dan akan disusuli dengan beberapa lagi taklimat.

“Menerusi taklimat ini, rombakan ini turut melibatkan perjawatan,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, beberapa pasukan yang akan dibubarkan akan diumumkan apabila menerima laporan lengkap mengenainya.

Katanya, pasukan khas ini yang sudah tertubuh lebih awal dulu dicadangkan untuk dibubarkan dan pengumuman pembubarannya akan dibuat dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

“Saya akan umumkan secara lengkap dalam seminggu dua akan datang,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fuzi ketika ditemui mengesahkan antara pasukan khas yang berkemungkinan dimansuhkan adalah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangesterisme (Stagg), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Sting) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc).

Ketika ditanya sama ada pasukan yang akan dibubar itu bakal digantikan dengan pasukan baru, beliau berkata, ia tiada dalam cadangan yang dikemukan PDRM.

“Kita akan perhalusi dan siapkan laporan cadangan ini dalam tempoh terdekat.

Leave a Reply

Top